Saturday, February 23, 2008

Jangan jemu-jemu berdoa...

Sudah lama saya tak menghantar posting ke laman blog saya ni... Bukan apa, saya ada sibuk sedikit dalam tahun 2007 dan awal tahun 2008 ini... Biasalah bah tu kan?

Saya ada satu cerita. Saya cukup yakin cerita ini akan mendorong anda untuk tidak jemu-jemu berdoa untuk orang lain.. apatah lagi bila anda ada gerakan hati untuk berdoa bagi seseorang itu!

Begini ceritanya...

Pada satu hari saya baru saja mau check in ke dalam sebuah rumah tumpangan di sebuah pekan dalam negeri Sabah apabila tiba-tiba hati saya tergerak untuk pindah ke rumah penginapan yang tidak berapa jauh dari tempat itu. Saya tidak tahu apa lojik dan alasan untuk memilih rumah penginapan yang lain sebab bagi saya 'lebihkurang' saja keadaan semua rumah tumpangan yang ada.

Tapi saya dah biasa merasa "gerakan hati" itu. Pada waktu-waktu yang lain "gerakan hati" itu merupakan bilisikan yang lembut dan halus. Bila itu belaku, kita tidak ada pilihan kecuali "menuruti" gerekan hati tersebut.

Saya pun mengubah pilihan dan terus pergi menempah bilik di rumah penginapan "yang ditunjukkan". Boleh tahan juga bilik itu. Pilihan yang tepat. Saya mandi dan bersedia ke pertemuan malam itu.

Tiba-tiba...

Tiba-tiba saya terdengar suara jampi serapah di bilik sebelah. Saya tercegat sejenak. "Inikah maksud saya disuruh ke bilik ini dan bukan yang di sana tadi?" Saya cuba 'mendengar' kalau ada'' arahan' yang selanjutnya. Saya tergerak untuk berdoa di luar bilik itu. Saya meminta supaya semua jampi serapah dalam bilik itu dibatalkan oleh kuasa Tuhan Yesus. Lepas itu saya keluar makan malam.

Kamu mahu tahu apa yang telah berlaku selepas itu?

Selepas makan malam, saya kembali untuk mengambil sesuatu dalam bilik apabila saya terserempak dengan seorang yang saya kenal sebagai 'berpengaruh' dalam gereja di kawasan itu.

"Eh, kau kerja di sini?"
"Tidak, jumpa kawan saja..." Dia tersengih-sengih sambil membawa bakul berisi 3 botol air mineral besar yang penuh. "Kau pula apa buat di sini?"
"Saya ada pelayanan sini. Oh, kau dari bilik sini tadi?" Saya menjawab dan bertanya sambil menuding jari ke bilik yang sebelum ini saya terdengar ada jampi serapah. Dia menjawab "Ya.... Bah, jalan dulu aah? Saya mau cepat-cepat ni.."
"Oh ya la.., kita jumpa lagi" Kami pun bersalaman dan ambil haluan masing-masing.

Tapi fikiran saya jadi penuh tanda tanya. "Bukankah itu si...?" Setiba di tempat pertemuan saya bertanya kepada bebarapa orang yang mengenali orang itu. Saya hancur hati bila mengetahui yang orang itu sudah melepaskan jawatannya, tidak ke gereja dan sudah merancang untuk meninggalkan isterinya.. Pada malam itu saya menalipon beberapa orang untuk bersyafaat bagi peribadi yang saya maksudkan ..

Saya yakin. Saya telah diatur untuk bemalam di rumah penginapan itu dan bukan pada pilihan saya yang pertama sebab Dia mahu saya melihat apa yang manusia berusaha untuk sembunyikan.

Tiga botol air mineral itu adalah air yang sudah dijampi-jampi untuk tujuan tertentu. Sebab itu saya tergerak berdoa di luar bilik (di lorongan bilik penginapan) supaya kuasa kegelapan dapat dipatahkan.

Saya tidak akan tahu apa-apa kalau saya singgah makan tengahari di pekan itu lagi pada 8-9 Februari baru-baru ini. Saya baru nak pergi membayar makan minum bila saya ternampak orang tadi sedang duduk minum dengan seorang kawan. Saya dipelawa mereka untuk 'join' bersembang dengan mereka.

Saya sangat berminat untuk mengetahui perkembangan saudara yang telah pergi 'berdukun' itu. Saya lantas bertanya, "Bro, apa khabar ko sekarang?" Sambil memandang tepat ke matanya dan menggenggam lengannya di atas meja. Kawannya menyampuk "Dia ok sudah tu sekarang. Dia sudah balik pada isterinya"

Seperti muzik ke telinga saya. "Oh ya? Kau tahu?" Saya tanya sambil tersenyum. "Saya tau. Dan saya terus berdoa untuk dia selama ini." Saya sangat gembiara, "Tuhan bagus sekali kan? Saya pun selalu mendoakan kamu...sejak saya nampak di rumah penginapan tahun lepas tu..."

Puji Tuhan! Saya telah menggunakan kesaksian ini sebagai pembuka kata dalam KKR yang diadakan pada hujung minggu itu. Pertemuan yang tidak diatur dan tidak disengajakan itu telah sangat memberi dorongan kepada saya untuk tidak jemu-jemu berdoa untuk orang yang memerlukan!

Orang itu sekarang dan kembali kepada isteri dan keluarga. Doakan terus supaya Tuhan terus sempurnakan pemulihan dalam orang itu dan akan segera kembali menyembah dan melayani Dia seperti sediakala. Terpujilah Tuhan!